Semua
orang tahu pasal ‘Villa Nabila’. Persoalannya sekarang, dia kena tanam
dengan bapak dia ke? Meh sini aku cerita. #AimanThreads
So,
nak share pasal banglo berhanti ini yang kat strait view (depan Danga
Bay). Actually ada banyak version cerita tentang Villa Nabila ini. Tak
tahu mana satu kisah yang sebenar. Kalau korang nak tahu, Villa Nabila
ini kira tempat paling famouslah di Johor Bahru. Aku pun pelik kenapa
tempat itu jadi famous nak mampos pasal misteri dia
Yang
aku tahu tahun lepas ada viral kes tentang seorang budak lelaki hilang
di Villa Nabila. Tetapi last-last dapat tahu dia rupanya pergi tidur di
rumah kawan. Alasan, takut balik rumah nanti kena marah. Aduh! Adik-adik
WeChat ini suka tau mainkan perasaan orang begini.
Penduduk
yang memang berasal dari Johor Bahru, mesti korang tahu punya pasal
misteri rumah banglo Villa Nabila ini. Menurut cerita yang aku tahulah
kan, kalau masuk genap je dalam rumah banglo itu, mesti jadi ganjil
nanti
“Macam mana tu ek?”
Contoh, masuk lapan orang, tetapi sampai dalam ada sembilan orang pulak. Ahhh sudah! Lagi seorang itu siapa pulak ek?
Perkara
ini berlaku pada seorang bekas mat rempit yang bernama Ashraf. Kisah
ini berlaku sewaktu zaman dia merempit dulu. Mat rempit, biasalah kan,
hati kering sikit. Diorang akan cuba buat sesuatu yang orang lain tak
berani nak buat. Kalau korang dah pergi Villa Nabila, tapi tak jumpa
apa-apa, Alhamdulillah
Kadang-kadang
ada saja bila nak balik dari tempat itu. Enjin kereta tak boleh nak
start. Dah macam cerita Indonesia. Tetapi benda itu dah memang biasa
terjadi di situ. Kalau korang nak tahu, sebenarnya ada tiga buah rumah
banglo yang terbiar di Bukit Serene itu.
Rumah
banglo pertama adalah milik kerabat sultan, kedua baru rumah banglo
Villa Nabila dan akhirnya rumah yang terakhir sekali agak ke bahagian
dalam sikit iaitu rumah banglo milik seorang doktor yang khabarnya
mempunyai cerita mistik juga.
Tetapi
yang paling mistik dan yang paling famous memang banglo Villa Nabila.
Pasal rumah rumah doktor itu pun ada juga, tetapi belum sempat lagi nak
buat research mengenai rumah itu. Mungkin di thread yang lain.
“Apsal Villa Nabila ini mistik sangat? Apakah punca dari mulut ke mulut yang selalu dikatakan di kalangan rakyat Johor Bahru?”..
Aku
dulu belajar di Institute Hospitality and Tourism Johor Bahru. Pernah
juga mengada-ngada gatal nak datang ke Villa Nabila. Yang aku
perasanlah, kawasan perumahan elit itu ada banyak rumah jenis lama.
Memang ada beberapa buah rumah berhadapan dengan Pantai Lido (Danga Bay)
yang sudah lama ditinggalkan dan penuh dengan semak saja.
Kalau
fikir logik, dah tentu rumah yang terbiar ini memang akan ada pembeli
sebab nilai hartanah yang cukup tinggi dan baik serta disebabkan tempat
yang strategik. Tak jauh langsung pun dari bandar Johor Bahru. Kemudian
betul-betul menghadap Pantai Lido (Danga Bay).
Secara
peribadi, kalau kata Villa Nabila ini berhantu, memang aku pun tak
dapat nak menafikannya. Sebab villa itu memang sudah lama ditinggalkan.
Tempat-tempat yang kosong tak ada penghuni seperti ini akan menjadi
tempat tinggal makhluk halus yang kita tahu dia akan sentiasa menganggu
manusia
Banyak
juga cerita yang membabitkan kisah Villa Nabila ini. Ada enam versi
cerita semuanya. Tak dapat nak pastikan yang mana satu cerita yang
betul. Tetapi aku lebih suka, percaya dan masuk akal sikitlah dengan
kisah yang paling last ini. Apa-apa, korang baca kisah-kisah ini satu
persatu mengikut versi.
Ada
satu keluarga yang memang kaya dan hidup bahagia di villa ini.
Ditakdirkan ibu dan ayah meninggal dunia, kemudian tinggalah anak
mereka, Nabila, dengan orang gajinya. Nabila bakal mewarisi semua harta
ibu bapanya tetapi dia dibunuh oleh orang gajinya yang kemudian mayatnya
disimen di satu kawasan di rumah itu
VERSI 2
Nabila
ini memang sebuah keluarga yang kaya raya. Satu hari, banglo dia
dirompak dan semua penghuninya dibunuh dengan kejam. Jadi banglo itu
dibiarkan tanpa penghuni sehinggalah sekarang. Kini ia dipenuhi dengan
semak samun.
VERSI 3
Keluarga
Nabila kena rompak dengan sekumpulan samseng. Kemudian Nabila dirogol
beramai-ramai dan dibunuh dengan kejam. Mayat Nabila kemudian ditanama
di dalam dinding rumah itu.
VERSI 4
Nabila
ini bahagia saja pada asalnya. Tetapi pada satu hari, bapa Nabila
mengamuk dan kemudian menembak semua orang yang berada di dalam rumah
itu sebelum membunuh dirinya sendiri.
Pendek
kata, keempat-empat versi cerita ini agak lemah tanpa ayat-ayat fakta
yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila ini. Ini pula versi
yang seterusnya…[Like page ‘Informasi dan Tauladan‘ di Facebook]
VERSI 5
Nama
sebenar, Villa Christine Palace, bersempena nama isteri seorang ahli
perniagaan dari barat. Sebelum villa itu dibina, suami Christine
berjanji mahu membahagikan hartanya dengan badik beradik yang berada di
negara asal. Tetapi apabila dah dapat tanah itu, dia mungkir janji lalu
mengundang kemarahan adik beradiknya yang lain.
Kemudian
adik beradik dia yang marah itu mengutuskan dua orang sebagai wakil
untuk berurusan dengan si suami. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil
tersebut naik hantu lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah itu
kepada mereka yang lain selepas membunuh anaknya.
Si
suami tetap berkeras, kemudian dua orang samseng terbabit bertindak
membunuh isterinya pula. Namun suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir
sekali si suami juga turut dibunuh
Villa itu dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lamanya.
Versi
5 ini ada sedikit logik. Menurut orang yang pernah ke Jalan Strait View
di mana lokasi villa itu terletak, ada pintu gerbang yang tertulis
Christine Palace yang terletak di kaki bukit.
Menurut
cerita seorang lelaki ini, ibunya pernah memberitahu yang villa itu
sudah berada di situ sejak tahun 60-an lagi. Villa itu memang sangat
cantik pada masa itu.
Sekitar
tahun 80-an, villa itu menjadi tempat yang meriah, yang sentiasa
dikunjungi oleh ramai orang-orang kaya termasuk mat salleh. Sekitar
tahun 90-an, villa itu mula kosong. Bermula dari situlah kisah misteri
yang diceritakan orang dari mulut ke mulut
Versi terakhir
ini
seperti biasalah, rumah yang ditinggalkan lama mesti ada ‘penghuni’
baru yang menetap. Tak mustahillah ramai yang diganggu bila masuk ke
villa ini. Masa aku dengan kawan-kawan kolej masuk ke villa ini dulu pun
memang agak meremang juga. Naik semua bulu yang ada.
Ada
orang yang pernah masuk villa itu beramai-ramai tetapi bila dikira
semula jumlah sama ada kurang atau lebih seorang. Kalau kurang seornag
bermaksud ada yang disorok. Tetapi kalau terlebih seorang itu dah biasa
terjadi, terutamanya di kawasan hutan-hutan ini
Kawasan
yang berhantu ini mesti ada gangguan. Ada yang masuk ke kawasan villa
itu tetapi tiba-tiba enjin kereta mati dan ada benda ketuk-ketuk di
bahagian atas bumbung kereta. Ada juga yang tiba-tiba terdengar lagu
lama di radio. Macam-macam pengalaman orang yang dapat menguji tahap
keberanian masing-masing.
So
sampai sekarang orang tidak dapat mengesahkan mana satu cerita yang
benar ataupun sebaliknya. Mungkin memang dirahsiakan dari orang awam.
Kalau rasa tipu, korang boleh datang dan rasai pengalaman sendiri. Dan
mungkin anda diperhatikan olehnya sekarang semasa korang membaca thread
ini.
Sumber: Aiman Haiqal via Thereporter.my




0 Response to "TIBA-TIBA ENJIN KERETA MATI, ATAS BUMBUNG DIKETUK-KETUK SESUATU”"
Posting Komentar