Pasangan secocok Sufian Suhaimi dan juga Elfira Loy baru sahaja melangsungkan majlis pertunangan.
Selalunya memang
banyak dugaan sebelum selepas bertunang. Oleh itu, pasangan ini akan
mengurangkan untuk berjumpa atau dating selepas tempoh bertunang ini.
Ini pendedahan Elfira Loy:
“Kalau nak jumpa masa tunang ni, Sufian
akan datang rumah dan mak saya akan masak untuk keluar dating tu tak
adalah, sebab tak cukup-cukup ke nak berkenalan”
“Dulupun kita orang tak adalah berjumpa,
jumpa pun sebab kerja, memang kalau kita nak dating mengenali each other
tu tak ada. Kita pergi bercuti hari tu pun ada mama dan adik saya,”
Dalam pada itu, Elfira mahupun Sufian tidak menafikan bahawa dugaan sewaktu bertunang ini begitu mencabar.
Namun jika ada dugaan yang timbul,
kedua-duanya akan mengambil pendekatan untuk berbincang dan bersabar
sehinggalah tiba hari pernikahan mereka yang bakal dijadualkan
berlangsung pada Mac tahun depan.
Pasangan ini memang pernah dilanda badai apabila beberapa kali Sufian Suhaimi dilanda kontroversi.
Antaranya isu meninggal kekasih lama dan juga isteri mengurat menggunakan Bigo dengan isteri orang.
Kata Elfira, Sufian seorang yang direct,
dan apabila timbul sebarang isu, Sufian terus menghubunginya untuk
jelaskan keadaan sebenar.
Ini pendedahan Elfira Loy:
“Masa merisik pun sebenarnya dugaan tu
dah terasa ada dan dah ada. Contohnya masa kami pilih tarikh nak merisik
terus keluar kes Sufian yang pasal kes viral Bigo dia (Sufian)
menghubungi saya dan mama untuk maklumkan keadaan sebenar”
“Ketika panas isu itu, saya memilih untuk
tidur dan tidak gelabah. Selain dengan harapan bangun keesokan harinya
akan ada penjelasan”
“Jadi saya tak boleh terburu-buru
meletakkan andaian. Mungkin itu juga dugaan yang mahu menguji hubungan
kami. Dalam hubungan ini, jika kita boleh menerima seseorang itu dalam
keadaan baik dan sebaliknya, bererti kita sedang berusaha untuk menjaga
ikatan ke tahap lebih baik. Kita sama-sama memperbaiki kekurangan yang
ada.”
Untuk pengetahuan, majlis perkahwinan mereka akan diadakan pada bulan Mac tahun depan, 2018.
Ini komen Elfira Loy:
“Setakat ini kami memutuskan untuk adakan
tiga majlis saja. Satu majlis nikah, kemudian diikuti dua majlis
resepsi. Jujur hingga kini lokasi majlis kami masih belum ada,”
Apapun tahniah kepada Elfira Loy dan
Sufian yang kini telahpun mengikat tali pertunangan. Semoga segaal
urusan berlancan lancar. Amin.
Sumber

0 Response to "“Sufian menghubungi saya untuk maklumkan keadaan sebenar” – Pendedahan Elfira Loy Selepas Baru Bertunang"
Posting Komentar