Bekas juara Akademi Fantasia, Mila Jirin telah terpalit kontroversi baru-baru ini.
Mila akur kesilapan dan memhon maaf kepada semua pihak yang kurang senang dengan gambar aksinya dikatakan kurang sopan.
Foto berkenaan diambil dalam satu sesi
fotografi sebuah akhbar dan hanyalah sekadar suka-suka dan bukan berniat
untuk ditayang kepada umum.
Ianya kemudian dimuatnaik oleh pereka
fesyen dan mula menjadi viral kerana seluar Mila seakan warana kulit
kaki dan ramai follower yang pertama kali melihat gambar itu
mengingatkan Mila tak pakai seluar.
Ini fotonya:

Ini komennya:
“Gambar itu diambil suka-suka dengan
kawan-kawan pereka fesyen Seth & Luna sewaktu sesi fotografi saya
dengan sebuah akhbar minggu lalu.
“Saya pun tidak muat naik gambar tu di
Instagram sebabnya ia hanya untuk simpanan Seth & Luna. Saya tidak
tahu mereka muat naik di laman sosial mereka dan menjadi tular,”
“Saya sudah pun meminta pereka fesyen
Seth & Luna untuk padamkan gambar tersebut di Instagram mereka
kerana ia tidak sesuai untuk tontonan khalayak. Malangnya ia sudah tular
ke media sosial lain.
“Saya mohon maaf kepada pihak yang tidak selesa dan marah. Saya akui gambar tersebut tidak sepatutnya diambil,”
Selepas ini Mila mengambil pendekatan untuk lebih berhati-hati untuk bergambar biarpun sekadar untuk simpanan peribadi.
Itulah komen dari Mila yang mengulas tentang foto dia baring di sebuah tab mandi dengan seluar berwarna kulit.
Foto tersebut menjadi viral selepas
netizen memberi komen negatif dan menganggap aksi Mila itu tidak sesuai
dengan imejnya sebagai seorang wanita berhijab.
Namun jika diikutkan, foto tesebut tidaklah melampau mana, mungkin kerana kesilapan pemilihan warna seluar sahaja.
SUMBER

0 Response to "GAMBAR: Foto Melampau Dalam Tab Mandi ‘Macam Tak Pakai Seluar’ , Mila Akui Kesilapan"
Posting Komentar