Seorang wartawan Malaysia yang telah menyamar sebagai pekerja luar
bakal mendedahkan hasil siasatan beliau berkenaan karier pemetik buah
yang popular bagi rakyat Malaysia di Victoria, Australia melalui satu
jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan Australia minggu depan.

Saiful Hasam, wartawan Utusan Malaysia mendedahkan bagaimana
pekerja-pekerja di situ dikawal mental mereka menggunakan agama dan
dijerat dengan hutang yang membuatkan pekerja-pekerja di situ tidak
dapat lari. Pemetik buah yang bekerja secara tidak sah dipancing ke
Australia dengan kisah ganjaran tinggi, kata Saiful.
Namun apabila tiba di sana, mereka menyedari gaji yang akan mereka
perolehi sebenarnya kecil, pekerja hanya dibenarkan tinggal dalam
keadaan sempit serta diperangkap dengan perjanjian kontrak yang
merugikan mereka. Saiful memberi amaran yang operasi penipuan itu masih
lagi berleluasa sehingga kini.

Kisah Saiful bermula pada 2016 apabila tiba di Australia untuk
bekerja sebagai pemetik buah. DIa dijanjikan gaji RM360 untuk bekerja 24
jam dalam tempoh 4 hari. Majoriti wang gajinya diambil untuk membayar
sewa rumah kecil yang terpaksa dikongsi dengan 11 orang pekerja lain dan
pendapatannya hanya sekitar RM65 yang beliau perolehi dalam tangan.
“Kisah mereka semua sama,” kata Saiful. “Bagi kami, kami perlu
mencukupkan kuota pokok yang dipetik hanya untuk membayar sewa rumah
semata-mata. Pendapatan saya pula hanya cukup-cukup. SImpati saya
melihat pekerja-pekerja diambil kesempatan kerana ramai di antara mereka
betul-betul komited.”
Pendedahan Saiful melalui Fairfax Media tahun lepas mendesak kerajaan
Australia memperkenalkan akta yang mengawal sistem perhambaan secara
moden. Pihak penyiasat melalui sebuah jawatankuasa kini sedang
menjalankan siasatan dan Saiful akan ke Australia bagi menyampaikan
bukti yang telah beliau kumpul, minggu depan.

Apabila ditanya adakah pernah pihak pekerja menyuarakan kebimbangan
pada pihak majikan, Saiful menjawab yang pihak majikan akan menggunakan
agama sebagai hujah.
“Individu yang dilantik sebagai ketua kami kerap menenangkan pekerja
yang mengeluh dengan meminta agar semua pekerja bersabar, ini semua
mungkin dugaan bagi kami semua di Australia dan dia meminta kami
berharap (berdoa) agar satu hari nanti kami akan mempunyai duit yang
cukup,” ujar Saiful.
Jawatankuasa yang ditubuhkan bertanggungjawab untuk menyediakan
laporan berkenaan apa yang telah berlaku serta mengusulkan cadangan yang
mampu menyekat aktiviti perhambaan yang kerap berlaku di Australia ini.
Selepas pendedahan tahun lepas, pada bulan Ogos tahun ini, mahkamah
Australia sudah pun mewajibkan semua syarikat yang mempunyai pendapatan
kasar AUD100 juta tahunan untuk menghantar laporan berkenaan sistem
pengambilan kerja yang mereka amalkan.

Wakil pihak persatuan penanam buah Australia yang dinamakan Citrus
Austrlia, Tania Chapman pula meletakkan beban kesalahan kepada pihak
pekerja asing yang menyalahgunakan visa merek. Menurut Tania,
menyalahkan petani dan peladang tidak tepat, kerana majoriti yang berada
di bawah CItrus Australia menggunakan saluran pengambilan pekerja yang
betul.
“Kebiasaannya, syarikat peladang membayar amaun yang sepatutnya
kepada syarikat yang menguruskan pekerja, namun apa yang berlaku,
syarikat enggan menyerahkan amaun secara penuh kepada pekerja sebagai
pendapatan. Ini mengakibatkan masyarakat Australia dipandang negatif
kerana mengambil peluang kewujudan tenaga buruh murah,” kata Tania.
Pengenalan akta dan dasar yang lebih menyeluruh tidak membantu, ujar
Tania. Apa yang lebih mustahak adalah sistem yang mampu mendedahkan
pihak pekerja untuk mengetahui hak mereka sebagai pekerja asing. Tania
menekankan agar pekerja yang masuk faham tentang tanggungjawab, hak dan
undang-undang kemasukan pekerja asing Australia.

Apa pun pandangan yang disuarakan, yang kita harapkan adalah
pendedahan berkenaan isu ini dapat diperjelaskan lagi melalui
maklumat-maklumat yang bakal didedahkan oleh wartawan kita, yang cukup
berani membahayakan dirinya sendiri dalam mencari kebenaran dan
berkemungkinan menyelamat ribuan rakyat Malaysia yang sudah pasti
menyimpan impian ke Austrlia, untuk memetik buah bagi menjana pendapatan
tinggi.
Antara yang berlaku apabila wartawan Malaysia membuat penyamaran..
1. Diberi upah 2.00$ ke 2.30$ untuk setiap pokok yang dipetik.
Difahamkan juga, perdapatan itu adalah di bawah gaji undang undang.
2. Saiful cuma berjaya memetik sekitar 5 pokok sehari dan jika
didarabkan dengan gaji. Cuma cukup untuk membayar rumah sewa 70$ setiap
minggu. Rumah sewa yang uzur tanpa pemanas dan disewakan beramai.
3. Jika ada siasatan mengenai polisi atau eksploitasi pekerja asing,
kebiasaanya pekerja asing terpaksa membayar wang mereka atau mereka
terpaksa dihantar pulang.
4. Susah untuk mendapatkan pekerjaan terus dari ladang itu sendiri
memandangkan mereka bekerja secara kontrak yang tidak dikeluarkan Visa
untuk mereka
sumber: bolehbro

0 Response to "Menyamar Jadi Pemetik Buah Di Australia, Wartawan Malaysia Bongkar Kehidupan Sebenar!"
Posting Komentar