Tidak Tahu Membaca Al-Quran Tapi Kuburnya Bercahaya Menjulang Ke Langit…Ini SEBABNYA yang akan membuat kita TERKEJUT…
Apa amalan beliau? lepas baca anda mungkin akan terkejut & tidak sangka.. SEMOGA BEEMANFAAT…

Gambar hiasan.
Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba dia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.
Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba dia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.
Terpegun
dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini
adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang wali
Allah atau ulama atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi
Allah. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kubur yang
bercahaya itu.
Keesokannya,
lelaki itu datang lagi ke kawasan perkuburan itu dengan ditemani orang
kampung. Beliau ingin menyelidik dan ingin mengetahui kubur siapakah
yang sangat ajaib itu.
Apakah seorang tuan guru atau wali Allah atau alim ulama atau orang soleh yang terkenal?
Bila
bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka
ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah
mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama isterinya.
Untuk
mengetahui dengan lebih lanjut, lelaki itu berkunjung kerumah simati
dan bertemu dengan isterinya lalu menceritakan keajaiban yang dilihat di
kubur suaminya.
Anehnya
isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenali suaminya.
Suaminya bukan siapa-siapa. Suaminya seorang petani. Bukan seorang
kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, bukan juga imam,
bukan muazzin, bukan guru Al-Qur’an.
Malah suaminya tidak pandai membaca Al-Qur’an dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Al-Qur’an.
loading…
loading…
loading…
loading…
Perkara ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.
Akhirmya lelaki itu bertanya, apakah perkara-perkara pelik yang simati selalu lakukan dalam kehidupan hariannya.
Akhirnya
isteri arwah tersebut teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh
si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam, suaminya akan
mengambil wudhuk, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya
Al-Qur’an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan
dan kasih sayang.
Ia akan duduk dan membelek Al-Qur’an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan dia seorang yang buta. Dia akan meraba-raba ayat-ayat Al-Qur’an itu dengan tangannya, seolah-olah sedang menyentuh dan membelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, dia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.
Ia akan duduk dan membelek Al-Qur’an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan dia seorang yang buta. Dia akan meraba-raba ayat-ayat Al-Qur’an itu dengan tangannya, seolah-olah sedang menyentuh dan membelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, dia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.
“Tuhanku! Ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah-Mu. Janganlah Engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.”
“Wahai
Kalam Allah, maafkan kesalahanku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu.
Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi
aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu“.
“Wahai Kalaamullah, janganlah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapan Tuhan diakhirat nanti”.
Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani Al-Qur’an, buah hati kesayangannya.
Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat Al-Qur’an kesayangan suaminya itu.
Benar
dan sangat mengharukan apabila dia melihat naskah yang mulia itu
kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek
berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya, tanda seseorang
sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha
suci ini.
Pastinya
lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh
Al-Qur’an. Dia sangat mengasihi kalimat Tuhan dengan sesungguhnya.
Bererti ia mengasihi Tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya.
Marilah kita menghidupkan Al Qur’an di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang masa.
Subhaanallah.

0 Response to "Tidak Tahu Membaca Al-Quran Tapi Kuburnya Bercahaya Menjulang Ke Langit…Ini SEBABNYA yang akan membuat kita TERKEJUT…"
Posting Komentar