
Dalam suka ada duka, Itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan tentang Berita kehamilan kembar 4 beliau.
“Hari ini tepat 33 minggu 3 hari” kata Baia Nan, suami dari Fan Li-Ying ketika menemaninya di hospital.
Fan Li-Ying dan Baia Nan berasal dari desa Taihe, sebuah desa kecil di Tiongkok. Mereka menikah bulan 11 tahun lalu, awal tahun ini,ketika mendapat tahu tentang kehamilan Fan Li-Ying, ” pertama kali di periksa, doktor memberitahu bahawa ada lebih dari satu bayi iaitu kembar.” kata Baia Nan, setelah pemeriksaan berikutnya, doktor dengan pasti mengatakan itu adalah kembar 4.
Berita ini membawa kebahagian dan juga kesedihan bagi mereka. “Boleh melahirkan bayi kembar 4 tentu sangat bahagia, namun ketika memikirkan harus membesarkan 4 anak sekaligus, dia merasa tektekan.” Kata Baia Nan.

“Sekarang hanya boleh bekerja dan bekerja, mencari duit sebanyak-banyaknya.” ucap Baia Nan. Mereka berdua tinggal di desa, Baia Nan adalah seorang tukang kayu. Ketika mengetahui yang isterinya mengandung kembar 4, dia terpaksa mencari pekerjaan sampingan. “Doktor memberitahu dia perlu menyediakan duit yang banyak untuk membiayai kos pembedahan kembar 4 ini.
Namun yang paling dikhawatirkan bukanlah masalah duit, tetapi keadaan kesihatan isterinya. “Reaksi kehamilan sangat serius, pada awalnya dia kerap muntah teruk, dan hilang segala selera makan.” ucap Baia Nan dengan nada yang sedih.
Keadaan kehamilan sangat serius, situasi cukup berbahaya
Ketka kandungan masuk 6 bulan, perut Fan Li-Ying semakin membengkak, beratnya pun semakin bertambah dari berat awal 70kg. Seminggu sebelumnya, Fan Li-Ying kerap sesak nafas, beratnya pun bertambah banyak, ketika diperiksa, tekanan darahnya sangat tinggi. “Hari itu doktor mengatakan, situasi ini cukup bahaya, boleh menyebabkan kelahiran prematang, dan disebabkan hospital itu tidak pernah melakukan proses bersalin kembar 4, akhirnya kami terpaksa pergi ke kota Hefei.” kata Baia Nan.
4 janin dalam keadaan sihat, satu kelegaan buat kami.
Malam itu, Fan Li-Ying dibawa ke hospital di Hefei.
Setelah diperiksa, tekanan darah nya melebihi had orang hamil kebiasaanya. “tekanan darah 120 sampai 160mmHg, protein pada urin mencapai 9.3g/24h. Umumnya hanya nol koma berapa, sangat rawan terjadi komplikasi.” Kata doktor di hospital tersebut. Kes Fan Li-Ying memang agak istimewa, tidak hanya lingkaran perut yang mencapai lebih dari 130cm, berat badannya pun melebihi 120kg.
Namun, yang membuat hatinya tenang adalah, perkembangan 4 janin cukup bagus. Ketika diperiksa, agar mudah mencari posisi 4 anak tersebut, doktor menggambarkan 4 simbol di atas perut Fan Li-Ying.

Operasi petang ini, sememangnya selamat untuk dikawal
Pasukan doktor berkata, selama 20 tahun di hospital ini, walaupun ramai yang menerima pesakit kembar berkembar, tetapi hanya kali ini sehingga kembar 4.
Berkenaan keadaan Fan Li-Ying, doktor sangat waspada. Petang semalam, pakar dari obstetrik, kanak-kanak, kardiologi, ubat buah pinggang, anestesia, mengadakan mesyuarat bersama untuk ini.
“Semua doktor membatalkan percutian mereka, di ruang operasi ada 4 doktor anestesi, 3 doktor anak, dan 4 jururawat untuk menjaga setiap bayi serta 2-3 orang berjaga di ruang ICU” kata doktor. Operasi berjalan dengan aman lancar.
Alhamdulillah kesemua bayi tersebut selamat dilahirkan dengan berjaya
sumber: koleksigambarpelik

0 Response to "SEMASA KANDUNGAN 3 BULAN, DIA DISAHKAN MENGANDUNG BAYI KEMBAR 4! TANPA DISANGKA,ADA PERKARA LUAR BIASA YANG TERJADI PADA PEMERIKSAAN SETERUSNYA!"
Posting Komentar