Foxconn
kilang terbesar Apple di China memiliki lebih 900 ribu pekerja,
menghasilkan 3, 000 unit telefon dalam masa 10 jam, 3 saat bagi setiap
satu telefon, dengan gaji 4 dolar sehari selama 12 jam bekerja, dan
bekerja duduk di atas kerusi tanpa boleh bersandar ke belakang kerana
dibimbangi mengantuk.
Kerana
ramainya pekerja maka beberapa ratus ribu juga tinggal di dalam kawasan
kilang apple. Tiada hospital, tiada padang permainan, waktu ke tandas
dicatu, tiada insuran, hanya kerja kerja kerja.
Akibatnya
ramai pekerja bunuh diri. Ada seorang pemuda bernama Yu datang dari
kampung bekerja disini untuk membantu keluarga, setelah bekerja 12 jam
sehari kadang2 tak makan, tiba2 akhir bulan tak dapat gaji kerana
kesilapan teknikal dan dia terus bunuh diri.
Dan
berpuluh2 lagi kes bunuh diri. Beberapa tahun lepas seramai 150 orang
beramai2 naik ke bumbung untuk bunuh diri kerana tak dapat hak mereka,
akhirnya pengurusan mengalah. Kemudian ancaman membunuh diri menjadi
cara untuk berunding dengan syarikat bagi mendapat hak asas pekerja.
Pada
tahun 2015 Apple mensasarkan untuk mengeluarkan 57 juta unit iphone 5.
Setelah ditekan pekerja sedia ada bagi mencapai target ini masih belum
dapat mencapai sasaran, diambil serentak puluhan ribu pekerja baru yang
menyebabkan kesesakan melampau di tempat tinggal dengan bau sangat
busuk, lipas berkeliaran dan lain2 masalah.
Pernah
seorang wartawan dipukul kerana cuba mengambil gambar di luar kawasan
kilang Apple. Sudah ada amaran dilarang mengambil sebarang gambar.
Kawalan keselamatan disini sangat ketat melebihi kem askar sehinggakan
setiap pintu masuk ada pengawal, dan pemandu lori menghantar barang
mesti diimbas cap jari sebelum dibenarkan masuk.
Semua ini supaya iphone yang menarik itu sampai ke tangan kamu

0 Response to "SEJARAH HITAM IPHONE APPLE; Ramai pekerja bunuh diri supaya iphone terbaik sampai ke tangan anda!"
Posting Komentar