Jangan tidur atas lantai mosaic
Bila
teringat sewaktu mengadakan pameran di Karnival Sains tahun lalu,
terfikir pula mahu menulis entri tentang “Jangan tidur atas lantai
mosaic”. Terus terang saya belum buat kajian dari segi saintifik atau
terbaca mana-mana tentangnya. Ianya berdasarkan logik akal. Terpulang
sama ada mahu menerima atau menolaknya. Pendapat saya tidak semestinya
pendapat anda.
Kenapa
tidak boleh duduk atau baring di atas lantai mosaic atau jubin? Lebih
utama sekali kalau anda tidak berniat untuk tidur. Mula-mula tengok tv.
Tapi bila mata dah mula mengantuk, tertidur pula kan?
Apa
yang ada pada lantai mosaic? Mosaic atau jubin yang digunakan di rumah
atau jika anda tidak menggunakan, lantai simen juga boleh dikaitkan juga
dengan entri pada kali ini. Sebelum kita melihat sejauh mana
kebenarannya, kita lihat dulu bahan asas binaan mosaic.
Mosaic
dihasilkan daripada tanah liat dan bahan campuran lain. Tetapi secara
dasarnya jumlah tanah liat memonopoli bahan asas membuat mosaic. Tanah
liat pula berasal daripada tanah alam semulajadi. Ada juga tanah-tanah
yang terdapat di bukit-bukit atau di mana sahaja tanah liat diperolehi.
Paling
utama unsur yang terdapat dalam tanah liat. Salah satu bahan binaan
yang banyak digunakan juga adalah granit. Kesemua bahan asal tadi
diambil daripada tanah. Tanah diketahui mengandungi unsur mineral
radioaktif semulajadi seperti Uranium atau Thorium. Bagaimanapun jumlah
kandungan punca radioaktif ini berbeza-beza bergantung dari mana tanah /
tanah liat diambil. Ada kawasan yang mempunyai tahap keradioaktifan
yang tinggi, ada juga yang rendah.
Jadi
unsur punca radioaktif ini tidak dapat tidak mesti wujud dalam mosaic /
jubin, simen atau bahan binaan lain dilantai. Ianya tidak boleh
termusnah kecuali mengalami penyusutan separuh hayatnya sehingga menjadi
0. Namun unsur ini mempunyai jangka hayat yang sangat panjang iaitu
Uranium-238 (4.47 billion tahun), Uranium-235 (704 juta tahun),
Uranium-236 (2.348×10^7 tahun). Manakala Thorium pula sekitar 14 billon
tahun.
P/S
Jangka separuh hayat? Contohnya pada mulanya kekuatan radioaktif bahan
ini adalah 100%. Selepas 4.47 billion tahun bagi Uranium-238 barulah
kekuatannya berkurang kepada 50%.
Apakah
kaitannya saya paksa anda baca sehingga perenggan ini? Semasa anda
tidur, badan anda akan mengalami proses penutralan cas positif dan cas
negatif. (Memang tak nampak dengan mata kasar). Jika anda tidur di
lantai mosaic tanpa beralaskan karpet, tilam atau benda lain, cas-cas
dalam badan anda akan diganggu oleh unsur-unsur yang terdapat dilantai
tadi.
Kesannya,
anda mendapat tidur yang menyebabkan anda keletihan, tidak puas tidur,
sakit-sakit badan, rasa mahu tidur lagi. Dalam jangka masa panjang, anda
akan tua sebelum usia. (Iklan: Percayalah cakap kak Ton).
Jika
anda fikirkan, logikkah dan banding jika anda tidur di atas lantai kayu
seperti orang zaman dulu-dulu kala. Dah tua-tua pun masih kuat bekerja.
Kesimpulan, jangan tidur atas lantai mosaic, simen atau jubin tanpa
beralaskan sesuatu. Semakin jauh semakin selamat.
sumber: islamikinfo

0 Response to "“JANGAN TIDUR ATAS LANTAI MOSAIC” SANGAT BAHAYA !!!"
Posting Komentar