Kalau
durian dieksport ke luar negara harganya boleh mencecah beratus-ratus
ringgit sekilogram, begitu juga dengan burger nampaknya.
Menurut
papan tanda di satu video yang dimuat naik oleh Insider, harga burger
jalanan atau lebih sinonim sebagai ‘burger tepi jalan’ di sini dijual
pada harga US$12 setiap satu. Tak dapat dipastikan sama ada burger itu
dipakejkan dengan makanan atau tidak tapi apa yang pasti, ia diserikan
dengan resepi asli dari Malaysia, termasuklah balut telur, seasoning dan
lain-lain.
Tapi,
apa yang membuatkan mat salleh tertarik dengan burger tersebut adalah
ianya berbalut telur atau kalau di Malaysia kita panggil burger special.

Namun, tak dapat dipastikan sama ada perusahaan yang dijalankan oleh The Malaysia Project itu menggunakan daging signature – daging Ramly – sebagai daging menu itu atau menggunakan patty buatan sendiri. Apa yang pasti, mereka masih mengekalkan gaya Malaysia. Itu yang penting.

Namun, tak dapat dipastikan sama ada perusahaan yang dijalankan oleh The Malaysia Project itu menggunakan daging signature – daging Ramly – sebagai daging menu itu atau menggunakan patty buatan sendiri. Apa yang pasti, mereka masih mengekalkan gaya Malaysia. Itu yang penting.
Pemilik, Calvin Leong, menjelaskan kepada Insider:
“Di Malaysia, kami panggil ia ‘Burger Ramly’ tapi disini kami panggilnya burger gaya Malaysia. Ianya pedas, menggiurkan.
“Saya makan burger ini ketika kecil dulu. Ia boleh didapati di mana-mana di tepi jalan di Malaysia.” katanya.
Dah
tentu burger itu agak mahal jika dibandingkan dengan burger Big Mac
yang cuma berharga US$5.04 tapi disebabkan ekslusif dibawakan dari
Malaysia, apa salahnya kan?
Lagipun,
jika nak dibandingkan dengan burger ekspress di sana, burger ini lebih
menawarkan pelbagai rasa kepada mulut yang memakannya.
sumber: karipappanas

0 Response to "‘BURGER GERAI BALUT TELUR’ DIJUAL PADA HARGA RM 50 DI NEW YORK, MAT SALLEH TERTARIK DENGAN DAGING BALUT TELUR"
Posting Komentar