Hanya dua orang sahaja daripada tujuh
suspek yang ditangkap berhubung kes membakar tahfiz Darul Quran
Ittifaqiyah, Datuk Keramat, akan didakwa di mahkamah esok. Dua didakwa
atas kesalahan membunuh dan khianat dengan api, dan lima lagi atas
kesalahan lain.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar
Singh Ishar Singh berkata, kes tersebut sudah dibawa kepada Jabatan
Peguam Negara dan polis menerima arahan untuk mendakwa mereka.

“Dua daripada suspek akan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh.
“Enam suspek (termasuk seorang yang
disabit membunuh) akan didakwa di bawah Seksyen 15 (1) atas Akta Dadah
Berbahaya 1952,” katanya.
Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara,
Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata pada sidang media di Bukit Aman,
tidak semua daripada tujuk suspek tersebut akan didakwa.

“Mereka yang tidak terlibat secara
langsung akan didakwa atas kesalahan melibatkan dadah dan mungkin akan
dipanggil sebagai saksi kejadian.”
“Ada yang tidak terlibat secara aktif, contohnya mereka berada di lokasi kejadian atau berada ketika perbincangan.
“Namun kami akan pastikan tindakan
sewajarnya diambil terhadap mereka yang tidak terlibat secara aktif ini
mengikut seksyen lain seperti (kesalahan) dadah atau lain-lain,”
katanya.

Ditanya mengenai proses pengumpulan bahan
bukti kejadian yang menarik perhatian ramai itu, Noor Rashid berkata
pihaknya akan cuba sedaya upaya mengumpul lagi bahan bukti untuk
mengukuhkan kes pendakwaan.
“Selagi ada ruang polis akan ambil tindakan dan teruskan siasatan jika ada petunjuk baharu,” katanya.
Katanya, polis turut menjalankan siasatan
bagaimana fakta kes dan maklumat peribadi suspek boleh tersebar kepada
orang awam dan dimuat naik ke laman sosial.
Susulan kejadian itu, 13 pegawai polis dipanggil untuk siasatan.
Noor Rashid berkata, terdapat keperluan
dalam meningkatkan kefahaman anggota polis mengenai isu kerahsiaan agar
perkara sama tidak berulang.
Menurutnya lagi, insiden berkenaan turut memberikan sedikit gangguan kepada proses siasatan.
Pada 16 September, tujuh remaja berumur
antara 11 hingga 18 tahun ditahan kerana menyebabkan kebakaran yang
mengorbankan 21 pelajar dan dua warden asrama tahfiz.
Enam daripada suspek disahkan positif ganja.
Sumber: Mstar, Malaysiakini

0 Response to "(BAKAR TAHFIZ) HANYA 2 ORANG SAJA TERLIBAT, 5 LAGI TERLEPAS TUDUHAN MEMBUNUH"
Posting Komentar